Azam Baki kekal terajui SPRM

Azam Baki kekal terajui SPRM

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki terus kekal menerajui suruhanjaya itu berkuat kuasa mulai 13 Mei ini sehingga 12 Mei 2026.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan itu selaras dengan subsekyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Kata beliau, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Pelantikan semula ini berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang mengetuai SPRM,” katanya dalam satu kenyataan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN