Astro tawar pek istimewa hargai penjawat awam

Astro tawar pek istimewa hargai penjawat awam

ASTRO raikan penjawat awam dengan pelancaran istimewa “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” yang menawarkan kandungan hiburan berkualiti pada harga lebih berpatutan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Astro memperkenalkan pelancaran istimewa “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” yang menawarkan kandungan hiburan berkualiti pada harga lebih berpatutan sebagai penghargaan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.

Tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada pakej Astro One yang menampilkan pelbagai saluran pilihan termasuk program tempatan, Astro Originals, hiburan atas permintaan serta akses melalui aplikasi Astro GO.

Pek tersebut merangkumi pilihan untuk perkhidmatan penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem serta hiburan tempatan dan antarabangsa bagi kepelbagaian minat penjawat awam serta ahli keluarga mereka.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, inisiatif itu selari dengan komitmen Astro dalam menghargai jasa penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

“Sebagai sebuah syarikat yang lama bersama rakyat Malaysia, kami amat memahami tanggungjawab besar yang dipikul oleh penjawat awam.

“Melalui pek istimewa ini, kami ingin memberi lebih nilai dengan hiburan berkualiti pada harga mampu milik. Kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

DRAMA Dia Bukan Syurga antara yang akan disiarkan di bawah
pakej Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam.

PENJIMATAN SEHINGGA RM960
Antara pakej yang ditawarkan termasuk Pek Entertainment Astro One yang membolehkan pelanggan menikmati lebih 100 saluran tempatan dan antarabangsa pada harga eksklusif RM39.99 sebulan (harga asal RM49.99).

Antara rancangan popular termasuk Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun dan First Wives.

Tambahan pula, dengan akses percuma Astro GO, pelanggan boleh strim kandungan kegemaran mereka tidak kira masa dan di mana jua.

Bagi peminat sukan, Pek Sports Astro One ditawarkan pada harga RM69.99 sebulan (harga asal RM99.99) merangkumi siaran langsung sukan tempatan dan antarabangsa seperti Liga Perdana Inggeris, Formula 1, MotoGP, Kriket, BWF, Liga Malaysia dan Sepak Takraw League.

PROGRAM realiti Big Stage Alpha antara yang turut ditawarkan
dalam pakej Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam.

Lebih menarik, penjawat awam turut menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak merangkumi enam saluran seperti Cartoon Network, Nickelodeon dan CBeebies serta pemasangan percuma secara Plug & Play bagi pelanggan baharu.

Astro komited untuk menyokong kesejahteraan masyarakat Malaysia dan mengiktiraf sumbangan penting penjawat awam kepada pembangunan negara.

Astro juga percaya inisiatif ini bukan sekadar memberi nilai kepada penjawat awam tetapi juga mengukuhkan ikatan antara Astro dan komuniti.

PENDAFTARAN MUDAH DAN TERBUKA SEKARANG
Pendaftaran bagi tawaran ini boleh dibuat mulai hari ini melalui laman web rasmi Astro di www.astro.com.my/penjawatawam atau melalui WhatsApp di +60 3-95433838.

Penjawat awam atau pesara perlu mengemukakan bukti pekerjaan semasa proses pendaftaran bagi menikmati tawaran eksklusif ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN