ASEAN, GCC perlu diperkukuh

ASEAN, GCC perlu diperkukuh

SUASANA sekitar Persidangan ASEAN-GCC 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hubungan ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) perlu diperkukuhkan menerusi kerjasama dan perkongsian dalam pelbagai bidang.

Setiausaha Rendah Hal Ehwal Dua Hala dan ASEAN, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Ma Theressa P. Lazaro berkata, perkara tersebut antara isu yang ditekankan dalam Mesyuarat Persediaan SOM ASEAN – Majlis Kerjasama Teluk (GCC) hari ini.

Selain itu katanya, hubungan antara ASEAN dan GCC perlu diperkukuhkan menerusi visi strategik dan dokumen yang akan dikeluarkan hasil pertemuan mesyuarat berkenaan.

“Terdapat dua dokumen iaitu hasil keputusan bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan dokumen perjanjian ekonomi antara negara yang terlibat.

“Justeru, kita sebagai sebahagian negara yang berada dalam komuniti ini akan terus berbincang bagi memastikan hubungan dan potensi besar dapat dicapai pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Enam negara anggota GCC adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Qatar, Kuwait, dan Oman.

Filipina pula berperanan sebagai koordinator Mesyuarat Persediaan SOM ASEAN – GCC semalam dengan dipengerusikan Kuwait.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN