ASEAN-GCC-China terjemah perkukuh kerjasama strategik

ASEAN-GCC-China terjemah perkukuh kerjasama strategik

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak Tiga Hala melibatkan blok ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China yang julung kali diadakan memberi terjemahan kepada kepercayaan dalam memperluas kerjasama strategik antara negara terlibat.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang kemuncak itu melambangkan kejayaan dalam menyusun semula kerjasama serantau yang mencerminkan realiti penguasaan kuasa  ketika ini.

“Ia juga menggambarkan kekuatan perpaduan blok serantau yang pastinya memberi kesan positif kepada dunia secara keseluruhan.

“Paling utama, kita mesti terus memelihara sistem multilateral dan memastikan bahawa model geo-ekonomi ASEAN-GCC-China kekal memainkan peranan signifikan dalam membentuk masa depan lebih inklusif dan mampan untuk rantau dan rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama semasa merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Anwar berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN mengetengahkan tema Inklusiviti dan Kemampanan, di mana ia merupakan satu pendekatan strategik dan berteraskan nilai-nilai murni.

“Tema ini bukan sekadar melambangkan aspirasi kita, malah ia adalah satu tanggungjawab bersama.

“Ia berlandaskan keyakinan bahawa masa depan ASEAN perlu berpaksikan pada dua tonggak utama iaitu pertumbuhan yang saksama dan mampan serta daya tahan jangka panjang,” katanya.

Menurut Anwar, prinsip itu mesti diterapkan secara mendalam dalam agenda dan wawasan ASEAN.

“Malaysia amat menghargai sokongan semua pihak dalam memastikan bahawa kepengerusian kita berjaya memacu visi bersama ini,” katanya.

Atur cara padat hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno) diikuti sesi perbincangan yang menyaksikan pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai cabaran semasa, keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.

Turut dijadualkan ialah Sesi Dialog Pemimpin ASEAN bersama Wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Sesi Dialog bersama Wakil Belia ASEAN, serta Sesi Dialog bersama Wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

Kemuncak acara hari ini ialah pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN. – UTUSAN

Depan Bersama, yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN