ASEAN ambil langkah positif selesai isu konflik Myanmar

ASEAN ambil langkah positif selesai isu konflik Myanmar

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucapan pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 (Pleno) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri memulakan ucapan pembukaan sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 (Pleno) dengan memberi fokus kepada isu yang berlaku di Myanmar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa langkah positif telah disusun sebagai usaha bagi menghentikan gencatan senjata.

“Mengenai Myanmar, kami telah mengambil langkah positif dengan pembentukan Penasihat Tidak Formal untuk Malaysia sebagai Ketua ASEAN tahun 2025. Ia diketuai Perdana Menteri Thailand, Dr. Thaksin Shinawatra serta telah mengadakan pertemuan di Brunei dengan mendapat penghormatan daripada Sri Baginda Sultan.

“Hal ini sangat penting karena sejak pertemuan ketiga yang diadakan di Bangkok, kami telah berhasil mendorong kemajuan dalam upaya penyelesaian krisis Myanmar. Untuk pertemuan berikutnya, akan diuruskan mantan Perdana Menteri Kamboja, Samdech Hun Sen.

“Saya ingin menekankan bahwa proses yang menggunakan pendekatan secara berhemah telah disusun, mungkin langkah dilihat sebagai kecil dan jambatan yang dibina itu mungkin rapuh. Tetapi dalam hal urusan pendamaian, jembatan yang rapuh lebih baik daripada jurang yang semakin melebar,” katanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Pemimpin Asia Tenggara berhimpun di ibu negara hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu utama serantau.

Jelas Perdana Menteri lagi, bagi ASEAN, setiap pendamaian, kestabilan dan kemakmuran yang ingin dicapai bergantung kepada keterbukaan berlandaskan kepada aturan yang disusun.

“Asas yang ada kini mulai terhakis disebabkan tindakan yang sewenang-wenangnya, namun saya percaya pada keteguhan dan daya tahan ASEAN dalam menghadapi khabar angin dan dakwaan serta ketidakpastian yang menghalang kita. 

“Namun, dengan semangat yang bersepadu, ia berkeyakinan untuk menentukan masa depan kita sendiri. Kita akan mampu terus bergerak lebih maju dan tidak tertinggal oleh perubahan zaman,” ujarnya.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Myanmar perlu mematuhi Konsensus Lima Perkara (5PC) dan menghentikan sebarang permusuhan dan melaksana gencatan senjata sebelum mengadakan pilihan raya yang dijangka pada tahun ini.

 5PC yang dipersetujui pada Sidang Khas Pemimpin ASEAN pada 2021 di Jakarta, Indonesia, merupakan usaha ASEAN untuk menamatkan krisis politik dan kemanusiaan di Myanmar susulan rampasan kuasa oleh junta tentera di negara itu.

Ia menggariskan lima tunjang iaitu menghentikan keganasan, dialog konstruktif, bantuan kemanusiaan, menjadikan ASEAN sebagai perantara, serta lawatan wakil khas ASEAN ke negara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN