Anwar kemuka percalonan bertanding pertahan Presiden PKR

Anwar kemuka percalonan bertanding pertahan Presiden PKR

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bertanding bagi jawatan Presiden PKR bagi sesi pemilihan kali ini.

Pencalonan bagi mempertahankan jawatan nombor satu dalam parti itu dikemukakan hanya berbaki tempoh lapan jam sebelum pencalonan rasmi ditutup pada pukul 11.59 malam ini.

Bagaimanapun, setakat pukul 3.30 petang tadi, belum ada mana-mana calon yang mengemukakan pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden.

Saingan sengit dijangka berlaku pada perebutan jawatan nombor dua parti itu apabila lebih dua pertiga daripada 222 cabang PKR di seluruh negara menyatakan sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar.

Timbul persoalan sama ada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan mempertahankan jawatan itu serta pencabar terdekatnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengemukakan pencalonan.

Kongres Nasional 2025 dijadualkan berlangsung pada 24 Mei ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru (Persada).

Kongres Nasional akan berlangsung secara fizikal dengan kehadiran lebih 10,000 perwakilan dari seluruh negara, manakala lebih 20,000 perwakilan akan terlibat dalam proses pemilihan secara dalam talian.

Sementara itu, Kongres AMK dan Wanita PKR akan diadakan pada 22 Mei, manakala pemilihan pusat dijadualkan pada 23 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN