Anwar hadir dialog Shangri-La, perkukuh hubungan Malaysia-Singapura

Anwar hadir dialog Shangri-La, perkukuh hubungan Malaysia-Singapura

ANWAR Ibrahim tiba di Singapura untuk lawatan kerja bagi bagi menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-22, sebuah forum keselamatan penting di peringkat serantau dan global. PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura hari ini bagi menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-22, sebuah forum keselamatan penting di peringkat serantau dan global.

Dalam rangka lawatan itu, Anwar dijadualkan bertemu rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong serta menghadap Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.

SLD ke-22 berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, menghimpunkan wakil dari 47 negara, termasuk 40 perwakilan peringkat menteri, 20 ketua angkatan tentera serta lebih 20 pegawai kanan pertahanan dan tokoh akademik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut berada di Singapura bagi menyertai dialog berkenaan sejak Jumaat.

Dialog tahunan anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) ini menjadi medan utama membincangkan cabaran keselamatan dan pertahanan di rantau Asia-Pasifik.

“Semoga lawatan ini membawa manfaat dan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN