Amir Ahnaf elak babak bersentuhan jika pelakon gandingan sudah kahwin - Utusan Malaysia

Amir Ahnaf elak babak bersentuhan jika pelakon gandingan sudah kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Amir Ahnaf, akan meminta izin daripada pelakon perempuan yang digandingkan bersama sebelum menjayakan babak melibatkan sentuhan fizikal. 

Ujar Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, inisiatif itu diambil sebagai tanda menghormati rakan pelakon selain mengelak daripada sebarang perasaan tidak selesa sepanjang penggambaran.

“Semuanya tentang keserasian dan saling menghormati dengan pelakon wanita saya. Kalau pelakon wanita saya tak selesa untuk buat babak bersentuhan, saya akan terus cari cadangan lain.

“Apa-apa pun, saya akan bincang dengan cara yang baik,” katanya.

Amir ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran drama VIU, Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung  di Sunway Pyramid, baru-baru ini. 

Dalam pada itu, pelakon Kahar: Kapla High Council turut berprinsip mengelak daripada melakukan adegan bersentuhan sekiranya pelakon gandingan sudah berstatus isteri orang.

“Saya okay saja untuk buat babak bersentuhan, selagi pelakon gandingan saya belum berkahwin.

“Kalau dia dah kahwin, saya akan pilih untuk elakkan sentuhan fizikal. Bagi saya itu adalah soal prinsip dan hormat saya kepada pasangan mereka,” kongsinya. 

Mengulas mengenai situasi itu, Amir berkongsi pengalamannya bekerja dengan Puteri Balqish yang ketika itu masih di bawah umur  menerusi drama Takdir Itu.

“Masa berlakon dengan Aqish, saya ambil masa untuk fikir cara terbaik agar kami selesa bekerja. Akhirnya saya ambil pendekatan untuk anggap dia seperti adik sendiri.

“Bila saya layan dia sebagai seorang adik, rasa sayang dan hormat itu datang secara semula jadi. Itu memudahkan saya untuk jayakan babak dengan jujur dan selamat,” jelasnya. 

Terkini, Amir tampil membawakan watak sebagai Zuhayr menerusi drama Pabila Dia Tersenyum sepanjang 15 episod.

Turut sama menjayakan naskhah yang ditayangkan di platform penstriman VIU itu ialah Alya Iman, Adam Lee, Iqram Dinzly dan Marissa Yasmin. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya