Along hadir ditemani ibu, Afreena mahu cerai, harap tiada dokumen caca marba

Along hadir ditemani ibu, Afreena mahu cerai, harap tiada dokumen caca marba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelakon dan pelawak, Along Cham, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi pada Khamis.

Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, tiba dalam pakaian hitam sekitar pukul 11:10 minit pagi ditemani ibu, Siti Habsah Kadir dan peguam, Muhammad Akmal Amzan.

“Doa yang baik-baik,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Pada prosiding lalu, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengarahkan
Along atau nama sebenarnya sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42 supaya melantik peguam syarie.

Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas mendapati terdapat kesilapan dalam dokumentasi yang difailkan Along.

Sementara itu, Afreena Suhaimi tiba sekitar pukul 11:38 pagi ditemani bapa, Suhaimi Shahruddin dan peguamnya, Mohamad Iezwan Ielias.

“Saya harap semua selesai hari ini sebab perkara ini sudah tertanggung hampir setahun. Harap kali ini tiada lagi dokumen cacamarba.

“Saya memang sudah lama bersedia untuk dilepaskan, saya hanya mahu ia selesai hari kerana ia mengganggu banyak benda,” katanya yang cedera di tangan.

Terdahulu, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak dua bulan berkahwin.

Along sebelum ini berkata pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Jun tahun lalu.

Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan itu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah penjagaannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN