Album Ella USA cukup ikonik - Utusan Malaysia

Album Ella USA cukup ikonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya rasa album seperti Ella USA itu sukar untuk dihasilkan semula.”

Demikan kata Ratu Rock negara, Ella ketika berkongsi mengenai pengalaman penghasilan album sepanjang perjalanan kerjaya seninya.

Kongsi Ella, dia tidak menolak bahawa album Ella USA mempunyai keistimewaan di hatinya.

Merupakan album studio kelima yang diterbitkan pada tahun 1994, Ella USA dirakamkan secara penuh di California, Amerika Syarikat dengan menyaksikan penglibatan pemain gitar terkenal dari Jepun, Kyoji Yamamoto yang turut berperanan sebagai pemuzik latar, penerbit dan pencipta untuk sepuluh buah lagu dalam album tersebut.

Disebabkan itu, Ella sendiri menganggap ia sebagai sebuah album yang cukup ikonik sepanjang kerjaya seninya yang mana sehingga kini ia menjadi sebutan dan kegemaran ramai.

“Ia satu produk yang sangat unik dan dihargai oleh ramai pihak terutama peminat saya. Antara memori yang tidak dapat saya lupakan ialah keseronokkan perasaan ketika merakamkan keseluruhan lagu dalam album itu.

“Kami sepasukan bekerja di Amerika dan uniknya untuk album itu, kita ada pelbagai pengkarya iaitu warga Jepun dan orang kita sendiri yang bersatu untuk menghasilkannya.

“Ia sangat berbeza, ia menyuntik pengalaman berlainan dan menarik untuk saya sebagai seorang anak seni dan disebabkan itu saya benar-benar menghargai album itu,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya