Akar umbi mahu dengar tawaran, bukan serang calon

Akar umbi mahu dengar tawaran, bukan serang calon

MUHAMMAD FAEZUDDIN MOHD. PUAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Trend pendedahan berhubung kelemahan parti dan menyerang pemimpin tertentu secara terbuka susulan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Peringkat Pusat dilihat membimbangkan terutama dalam kalangan calon bertanding.

Ketua PKR Cabang Pulai, Muhammad Faezuddin Puad berkata, walaupun atas niat untuk menegur atau memperbetulkan keadaan, tetapi pendekatan sedemikian hanya membawa impak negatif kepada parti. 

Katanya, sepatutnya calon yang bertanding menonjolkan tawaran, manifesto dan dasar-dasar baharu yang ingin dibawa.

“Pada akhirnya akar umbi mahukan parti ini tidak berpecah selepas selesai pemilihan, selesai kongres dan tidak mahu peristiwa hitam seperti Langkah Sheraton berulang pada masa depan,” katanya ketika dihubungi.

Kata Muhammad Faezuddin yang juga Naib Ketua Angkatan Muka Keadilan (AMK) Johor, pertembungan antara Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden merupakan peluang terbaik buat parti mengukuhkan kedudukan selaku entiti politik utama di Malaysia.

Katanya, pemilihan pada 23 Mei ini juga penting sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) tidak lama lagi.

Ujarnya, pemilihan yang dilihat semakin sengit membabitkan dua nama besar parti tidak seharusnya menyebabkan berlaku peperangan dalaman antara ahli.

“Pertembungan antara Mohd. Rafizi dan Nurul Izzah bagi jawatan Timbalan Presiden PKR mencerminkan amalan demokrasi yang matang dalam parti dengan kedua-duanya mempunyai rekod sumbangan cemerlang dalam perjuangan reformasi.

“Dalam proses pemilihan parti, kita tidak boleh lari daripada perbezaan pandangan. Namun, yang lebih penting ialah bagaimana menyalurkan perbezaan tersebut secara sihat, matang dan membina.

“Pemimpin yang menang juga harus santuni anggota parti pelbagai lapisan, tidak sombong dan menjadikan PKR sebuah parti yang inklusif, bukan eksklusif untuk golongan tertentu sahaja,” katanya.

Muhammad Faezuddin berharap, pemilihan jawatan tertinggi pada Kongres Nasional PKR yang berlangsung di sini hujung bulan ini akan berjalan lancar tanpa seberang perpecahan dala

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN