Aisyah Aziz anggun berpurdah dalam majlis resepsi perkahwinan

Aisyah Aziz anggun berpurdah dalam majlis resepsi perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aisyah Aziz dan suaminya, Dr. Mohd. Fakhruddin Amir Mohd. Ismail diraikan sempena majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aisyah mencuri tumpuan dengan persalinan anggun kelabu mengenakan purdah sedondon dengan suaminya yang berbaju Melayu.

Acara diimarahkan dengan kehadiran keluarga, rakan terdekat.

Turut hadir adalah pelakon dan juga abang Aisyah, Aliff Aziz, Neelofa dan suami yang juga abang kepada Mohd. Fakhruddin, Haris Ismail.

Majlis berkonsepkan Islamik itu diacarakan hos, Fedtri Yahya yang berkongsi momen istimewa itu di Instagramnya.

Aisyah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Fakhruddin pada 11 April lalu dalam majlis pernikahan yang diadakan di sebuah masjid di Singapura.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN