PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan mengucapkan selamat jalan kepada 500 bakal jemaah haji rombongan Kerajaan Negeri Johor.
Sultan Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook turut mendoakan agar semua jemaah haji diberi kesihatan yang baik dan dilancarkan segala urusan di Tanah Suci Mekah.
“Rombongan pertama jemaah haji kerajaan Johor akan berangkat ke Tanah Suci malam ini (14 Mei) dan seterusnya pada hari Khamis dan Sabtu.
“Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) turut menyumbang 500 pek makanan kepada rombongan berkenaan yang disampaikan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh ” katanya menerusi hantaran itu.
Sumbangan disampaikan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Nasri Md. Ali di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.
Dalam pada itu Avinderjit berkata, menerusi pemberian pek makanan kepada jemaah sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan mereka semasa menunaikan ibadah haji. – UTUSAN