Budaya, seni tradisi orang Perak tidak ditelan zaman

Budaya, seni tradisi orang Perak tidak ditelan zaman

ANTARA persembahan tarian tradisional pada Temasya Budaya@Negeri Perak 2025 di pekarangan Stadium MPM, Perak baru-baru ini. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Penganjuran Temasya Budaya@Negeri Perak 2025 di pekarangan Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini selama empat hari, ber­akhir 29 Jun lalu berjaya mencapai matlamat mempopularkan budaya dan seni negeri supaya tidak ditelan zaman.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Hisham Mat Husien berkata, pelbagai persembahan dalam temasya itu mendedahkan budaya dan seni tradisi orang Perak terma­suk kaum Cina, India serta Orang Asli.

Katanya, JKKN menyesuaikan setiap persembahan atau pertunjukan agar menepati kehendak semasa tanpa me­ngorbankan amalan dan elemen teras demi mengangkat seni dan budaya rakyat Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengunjung bukan hanya datang untuk berhibur tapi ada juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan permainan tradisional rakyat. Program ini memberikan masyarakat meningkatkan kualiti ukhuwah, inilah budaya yang hendak diangkat.

“Ia mendapat respons yang baik daripada pengunjung yang kami anggarkan seramai 15,000 orang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hisham berkata, penganjuran di Manjung tahun ini adalah yang keempat selepas Teluk Intan tahun lalu dan ia merupakan sebahagian program JKKN di setiap negeri yang beridentitikan negeri masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya mengangkat produk rebana Pe­rak sebagai identiti seni negeri.

Katanya, kebanyakan segmen dan bengkel adalah pengenalan kepada rebana Perak me­lalui segmen ‘Moh Rebana Perak 5.0’ yang menyaksikan pukulan rebana dialunkan selama empat jam tanpa henti melibatkan 116 peserta.

“Manjung bergema dengan pukulan rebana Perak. Kita hendak beri pendedahan kepada masyarakat supaya identiti seni ini jangan dilupakan dan ge­nerasi muda tahu tentangnya,” katanya.

Katanya, ia turut menjadi platform kepada kumpulan seni mendedahkan kesenian yang mungkin jarang dipersembahkan.
Beliau berkata, temasya itu merupakan peluang untuk dikenali masyarakat dan pemain industri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN