Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di Teluk Intan, Perak yang meragut nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini.

“Sungguh menyedihkan. Saya dan isteri saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang kehilangan ahli mereka dalam tragedi ini.

“Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati dan para keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan, serta dipermudahkan urusan melalui tempoh yang amat sukar ini,” titah Sultan Ibrahim dalam kenyataan di Facebook Seri Paduka.

Terdahulu, kegagalan fungsi stereng dipercayai menjadi punca lori membawa muatan batu merempuh hadapan lori FRU Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata trak FRU dari Unit 5 yang membawa 18 anggota itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

“Ketika tiba di tempat kejadian, trak FRU Unit 5 itu dirempuh dari hadapan oleh lori membawa muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN