Ada jodoh, kahwinlah - Sabronzo

Ada jodoh, kahwinlah – Sabronzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, tidak menolak sekiranya ditakdirkan berumah tangga pada usianya sekarang.

Kata pemilik nama penuh Wan Sabrina Wan Rusli itu, dia juga menginginkan keseimbangan hidup dengan memiliki suami dan anak.

“Kalau ada jodoh, kahwinlah. Saya tak menolak sekiranya masa sudah tiba (menamatkan zaman bujang).

“Kerjaya pun Alhamdulillah, stabil. Hidup ini pun kenalah seimbang, bergerak seiring karier,” katanya.

Sabronzo dalam masa yang sama tidak mengesahkan desas desus mengaitkan dia dengan seorang selebriti tanah air.

“Memang saya dengar nama saya dikaitkan dengan seseorang. Saya tak mengiyakan atau menafikan.

“Bukan mahu berahsia, cuma hendak menyimpan hal peribadi. Kalau ada teman lelaki sekalipun, saya nak lindungi dia.

“Saya tidak mahu terlalu menjaja kisah percintaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 30 tahun itu memaklumkan tidak akan menghentikan karier seninya jika mendirikan rumah tangga.

“Kami bekerja keras untuk bina kumpulan Dolla, kalau berkahwin, saya tak akan tinggalkan kumpulan ini.

“Nyanyian ini bukan lagi kerja, tapi minat. Selagi ada sokongan dan minat berkarya, kami anggota Dolla akan teruskan,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN