Ada hisap vape seawal 8 tahun, jadikan sebagai 'sarapan pagi' - CAP

Ada hisap vape seawal 8 tahun, jadikan sebagai ‘sarapan pagi’ – CAP

TANGKAP layar daripada satu rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah sedang menghisap vape secara terbuka.-GAMBAR/FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa bahawa masalah ketagihan vape dan e-rokok bukan sahaja kian menular, malah, telah mula menjejaskan kehidupan seharian golongan muda termasuk mereka yang berusia seawal lapan tahun.

Pegawai Pendidikan Kanan CAP, N.V. Subbarow berkata, pihaknya juga bimbang kerana ada segelintir pelajar yang dipercayai menjadikan vape sebagai ‘sarapan pagi’ sehingga mengabaikan tabiat pemakanan yang seimbang.

“Terdapat pelajar yang menghisap vape sebelum masuk ke kelas. Malah, ada yang menghisapnya di surau. Ini sangat membimbangkan.

“Justeru, CAP sekali lagi menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap isu vape dan e-rokok yang semakin membimbangkan ini khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Subbarow berkata, CAP juga berharap agar mana-mana kerajaan negeri yang masih belum mengharamkan penjualan vape dan e-rokok supaya melaksanakan larangan tersebut dengan segera demi menyelamatkan generasi muda negara.

“CAP juga mendesak agar Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengambil langkah yang lebih tegas dalam membanteras penggunaan vape dalam kalangan pelajar dan mahasiswa.

“Jangan serahkan tanggungjawab ini kepada negeri semata-mata. Ini masalah nasional yang memerlukan tindakan menyeluruh,” katanya.

Subbarow berkata, wujud juga laporan mengenai penggunaan vape yang telah dicampur dengan bahan terlarang seperti methamphetamine, ekstasi dan fentanyl sekaligus menjadikan isu ini lebih serius daripada sekadar tabiat menghisap wap.

“Masalah vape bukan lagi masalah tiap-tiap negeri. Ini adalah masalah nasional. Pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan dengan serius. Jangan bersikap lepas tangan dan menyerahkan masalah ini kepada pihak negeri-negeri untuk menyelesaikannya,” kata beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN