KUALA LUMPUR: Kita kira 500 orang terdiri daripada warga media dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan membanjiri Sports Arena di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) sempena penganjuran Kejohanan Sukan antara Media DBP 2025 yang diadakan 31 Mei ini.
Menurut kenyataan DBP, program tersebut diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun Ke-69 DBP pada 22 Jun ini.
“ Empat acara sukan akan dipertandingkan, iaitu futsal lelaki, bola jaring wanita, sepak takraw antara regu lelaki dan bola tampar campuran dengan setiap penyertaan terhad kepada 12 pasukan sahaja bagi setiap permainan, kata kenyataan tersebut.
Katanya setiap permainan melibatkan 12 pemain dan tdijngka 12 pasukan mengambil bahagian.
“Hadiah wang tunai menanti para pemenang, “ ujar kenyataan itu lagi. – UTUSAN