30,000 pengunjung meriahkan musim candat sotong Terengganu  

30,000 pengunjung meriahkan musim candat sotong Terengganu  

RAZALI Idris (tengah) melihat poster Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu 2025 di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebih 30,000 pengunjung termasuk pelancong luar negara dijangka memeriahkan musim mencandat sotong di negeri ini bermula bulan lalu hingga Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kehadiran pelancong itu bakal memberi pulangan ekonomi melebihi RM7.5 juta kepada pengusaha bot, nelayan, pengusaha inap desa dan industri makanan laut.

Beliau berkata, musim candat sotong adalah program pelancongan  marin di Terengganu yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh pemancing tempatan, malah dari luar negara termasuk Singapura, Filipina, Thailand dan China.

Katanya, pelancaran rasmi musim mencandat sotong itu akan diadakan di Jeti Pelancongan Marang pada pukul 3.15 petang ini, Jumaat ini.

“Pada masa sama, kita adakan Karnival Pakat Maghi Candat Sotong pada 8 hingga 11 Mei di kawasan tempat letak kereta Jeti Pelancongan Marang bagi memeriahkan lagi penganjuran pesta candat sotong tahun ini,” katanya pada prapelancaran Program Musim Candat Sotong Terengganu 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu, Razali berkata, pihaknya sedang berunding dengan Jabatan Perikanan bagi mendapatkan permit khas mencandat sotong bagi lebih 3,000 nelayan yang tidak memiliki lesen perikanan rekreasi.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil dalam usaha membantu pengusaha bot dan nelayan kecil dan pesisir pantai memperoleh pendapatan sampingan untuk menyara keluarga pada musim tersebut.

“Kita dah buat sesi libat urus dengan Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan beberapa agensi berkaitan dari tahun lepas untuk bantu nelayan kecil dapatkan permit mencandat sotong,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN