MEKAH: Pengalaman kali pertama seorang pemuda berusia 20 tahun kelahiran Kota Bharu menaiki bas seorang diri dari Mekah ke Madinah pada 1986 semata-mata memenuhi tanggungjawab sebagai petugas Tabung Haji (TH) menyantuni dhuyufurahman tidak dapat dilupakannya. Malah, Mohamad Zamry Mohd. Noor, 60, tidak menyangka tindakannya itu membuka peluang menjadi petugas yang terlibat dalam 30 operasi haji Tanah Suci selama empat dekad berkhidmat di TH. “Selalunya pengalaman kali pertama itu yang tidak…