210 rakyat Malaysia jalani Iatihan di China untuk pengoperasian ECRL

210 rakyat Malaysia jalani Iatihan di China untuk pengoperasian ECRL

ANWAR Ibrahim (tengah) bersama Anthony Loke Siew Fook (tiga dari kiri), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua dari kiri) dan tetamu kehormat melakukan gimik Peluncuran Peluang Pekerjaan dan Penyerahan Surat Tawaran PLKI-ECRL di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 210 rakyat Malaysia akan dihantar ke Liuzhou, China pada tahun ini bagi menjalani latihan intensif selama setahun sebagai kesediaan untuk operasi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula Januari 2027.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kumpulan bakat tempatan itu akan melalui Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL).

Menurut beliau, seramai 102 pelatih akan menjadi kumpulan pertama yang berlepas ke China secara berperingkat bermula pada 15 Mei ini bagi memulakan latihan mereka.

“Para pelatih yang terdiri daripada bidang teknikal dan bukan teknikal ini akan mengikuti latihan komprehensif yang merangkumi teori, amali serta pengalaman sebenar dalam operasi sistem rel.

“Latihan itu bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir untuk jawatan seperti Assistant Station Attendant, Signaling Technician, Assistant Train Driver, Overhead Line Technician dan juga E-Loco & Electric Multiple Unit (EMU) Maintenance Technician,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan ran Penyerahan Surat Tawaran PLKI-ECRL, di sini.

Tambah Anthony Loke, para pelatih dalam program tersebut turut dijamin peluang pekerjaan bersama ECRL sebaik sahaja tamat latihan.

Turut hadir sama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, beliau difahamkan bahawa Projek ECRL memerlukan serama 1,800 tenaga kerja apabila fasa pengoperasian ia bermula pada Januari 2027.

“Pihak MRL telah menetapkan agar sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja ini terdiri daripada warga tempatan.

“Tenaga kerja ini akan terdiri daripada pelbagai tahap kepakaran, meliputi pekerja berpengalaman dan pekerja baharu, bagi memastikan operasi ECRL dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya