12 ahli Geng Apan Sungai Petani aktif curi kabel ditahan

12 ahli Geng Apan Sungai Petani aktif curi kabel ditahan

MOHD. Sofian Redzuan (kanan) menunjukkan sebahagian kabel yang dicuri 'Geng Apan Sungai Petani' di Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUTRA HAIRYY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 12 ahli Geng Apan Sungai Peta yang dipercayai aktif mencuri kabel komunikasi ditahan polis di Kampung Baru Rhu Muda, di sini pada 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, ahli kumpulan itu yang berusia antara 22 tahun hingga 43 tahun dan berasal dari Kedah serta Pulau Pinang diberkas setelah melakukan serbuan di sebuah rumah inap desa pada pukul 10 pagi.

Katanya, pasukan polis sebelum itu mengekori ahli kumpulan tersebut selepas mereka dikesan mencuri kabel di bawah tanah di Kampung Sungai Kerak, dekat sini pada pukul 5.30 pagi.

“Hasil serbuan itu, polis merampas 208 batang kabel dan lima gulung kabel yang bernilai kira-kira RM20,000 serta beberapa jenis peralatan mencuri kabel.

“Siasatan mendapati kumpulan berkenaan menyamar sebagai pekerja di sebuah syarikat kontraktor komunikasi ketika melakukan jenayah berkenaan bagi menggaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.

Mohd. Sofian berkata, siasatan lanjut mendapati geng itu melakukan kecurian kabel secara terancang dan berskala besar di 14 lokasi termasuk lima di Kedah, empat di Pulau Pinang, tiga di Perlis dan masing-masing satu di Kelantan serta Terengganu.

“Kumpulan yang aktif sejak 2014 ini diketuai suspek berusia 30 tahun dengan kebanyakan mereka bekerja sendiri dan mekanik yang mempunyai  pelbagai kemahiran. Malah, seorang daripada mereka adalah bekas pekerja kontraktor syarikat telekomunikasi, selain bekerja di sebuah  syarikat pesisir pantai,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah dan dadah dengan 10 daripadanya positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN