Zayn Rayyan dalam longkang?

Zayn Rayyan dalam longkang?

ZAIM Ikhwan Zahari (kanan) dan Ismanira Abdul Manaf ketika hadir bagi perbicaraan kes pengabaian anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai Zayn Rayyan Abdul Matiin di dalam longkang berhampiran Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini dimainkan di Mahkamah Sesyen di sini.

Ia antara 10 rakaman CCTV yang dimainkan di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, identiti tepat tidak dapat dipastikan kerana imej rakaman tidak jelas.

“Imej dipercayai mangsa telah dijalankan proses enhancement (penambahbaikan) bagi menjelaskan kualiti imej tersebut. Bagaimanapun, saya dapati daripada imej ini, wajah individu dipercayai mangsa, tidak berjaya dikeluarkan.

“Ini kerana terdapat pagar di antara kedudukan CCTV dengan subjek yang difokuskan (individu dalam longkang),” kata Juruanalisis Kanan Unit Siasatan Audio Video, Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintenden Polis (ASP), Latifah Abdul Aziz.

Terdahulu saksi pendakwaan ke-26 itu memberitahu proses analisis dijalankan dengan menangkap layar (capture) imej sebelum dibesarkan dan dijalankan proses penambahbaikan (enhancement) bagi tujuan menjelaskan kualiti.

Proses analisis itu dibuat selepas diminta oleh pegawai penyiasat.

Latifah berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi pada sesi pemeriksaan utama.

Dalam pada itu, rakaman menunjukkan seorang wanita memakai tudung warna hitam, baju berbunga hijau membawa beg ‘purple’ putih dan kelibat Ismanira Abdul Manaf membawa barang keluar dari pasar raya menuju ke motosikal turut dimainkan di mahkamah.

Rakaman tersebut berlaku di antara pukul 11:54 dan 11:57 pagi, pada 5 Disember 2023.

Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartmen sama.

Nur Sabrina: Boleh terangkan fizikal individu berbaju hijau?
Latifah: Daripada pemerhatian saya, individu di dalam paparan kelihatan memakai tudung warna gelap seakan hitam, baju bercorak warna cerah seakan hijau dan putih serta membawa beg tangan berwarna cerah seakan warna purple, putih dan kuning.

Nur Sabrina: Dlm laporan hasil analisis lampiran, bagaimana ASP boleh sahkan bahawa individu tersebut ibu mangsa?
Latifah: Imej ini telah ditunjukkan kepada saya oleh pegawai penyiasat kerana saya tidak ada pengetahuan berkaitan individu yang dikatakan ibu mangsa.

Nur Sabrina: Boleh terangkan analisis ini (merujuk kepada laporan rakaman CCTV di pasar raya)?
Latifah: Imej yang saya capture dari rakaman fokus kepada satu imej individu dipercayai ibu mangsa. Imej ini dijalankan proses penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti. Namun, hasil analisis menunjukkan imej adalah kurang jelas merana resolusi rakaman video yang rendah dan wujud motion blur semasa subjek yang difokuskan bergerak.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Haresh Mahadevan, Latifah bersetuju pakaian yang dipakai Ismanira adalah berwarna baju bunga hijau, bertudung hitam dan membawa beg berwarna ungu putih.

Haresh: Ibu mangsa pada bila-bila masa dalam rakaman CCTV tidak memakai baju putih, betul atau tidak?
Latifah: Betul.

Haresh juga meminta CCTV di kaunter pasar raya itu dimainkan semula supaya Latifah dapat melihat ibu mangsa membayar menggunakan kad atau sebaliknya.

Haresh: Ibu mangsa berada di pasar raya semasa rakaman dimainkan, setuju saya cadangkan menggunakan kad untuk membuat pembelian?
Latifah: Betul.

Haresh: Barang dimasukkan dalam beg adalah spageti, betul?
Latifah: Betul.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung 21 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya