Uzur, berkerusi roda warga emas tetap teruja mengundi - Utusan Malaysia

Uzur, berkerusi roda warga emas tetap teruja mengundi

ABU Hassan Saari ketika mengundi di Sungai Lesong di Tapah pada PRK Ayer Kuning hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Meskipun telah melalui banyak pilihan raya, pengundi warga emas mengakui perasaan teruja tidak pernah luntur malah lebih bersemangat untuk menjadi antara pengundi awal.

Marsinah Mat Dahalan, 82, berkata, dia mula mengundi seawal usia 20-an dan tidak pernah gagal mengundi pada pilihan raya umum.

“Saya biasa bangun awal, selepas solat Subuh terus bersiap-siap untuk dihantar anak ke sini. Alhamdulillah masih sihat dan kaki pun kuat untuk berjalan sendiri.

“Lega apabila selesai memilih. Saya memang tidak mahu lepaskan peluang sebab inilah masa untuk pilih wakil rakyat yang kita mahu,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong di sini hari ini.

Sementara itu, Abu Hassan Saari, 86, dari Kampung Sungai Kroh berkata, keadaannya yang uzur dan terpaksa berkerusi roda bukan alasan untuknya lari daripada tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, dia bertolak awal dari kediamannya kerana tidak sabar untuk membuang undi.

“Walaupun tidak berapa sihat saya tetap datang kerana tidak mahu melepaskan peluang mengundi. Alhamdulillah, semua selesai awal,” katanya.

Marsinah dan Abu Hassan adalah antara pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung hari ini.

Pilihan raya DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Tiga calong bertanding bagi merebut kerusi DUN membabitkan calon dari Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, dengan Abdul Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional (PN) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya