KUALA LUMPUR : Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin negara kelima yang disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini.
Difahamkan, Makam Pahlawan hanya memiliki sebanyak tujuh ruang dan seramai empat pemimpin telah disemadikan di sini.
Antara pemimpin yang disemadikan di sini ialah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail dan Tun Ghafar Baba.
Jenazah Allahyarham Abdullah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara di sini kira-kira pukul 2.15 petang tadi..
Semalam media melaporkan Abdullah atau Pak Lah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira 7.10 petang.-UTUSAN