Tun Abdullah: Kerajaan Pulau Pinang, DAP negeri ucap takziah

Tun Abdullah: Kerajaan Pulau Pinang, DAP negeri ucap takziah

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi atas pemergian Perdana Menteri Ke-5 itu, malam tadi.

 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara khususnya Pulau Pinang.

 

“Semoga semua jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh beliau dalam membangunkan negara serta negeri ini akan sentiasa tersemat di dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia dan Pulau Pinang,” katanya di sini, hari ini.

 

Abdullah, 86, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 7.10 malam tadi ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

 

Selain kerajaan negeri, DAP Pulau Pinang menerusi Pengerusinya, Steven Sim Chee Keong turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Abdullah. 

 

“Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Pak Lah, merupakan anak negeri Pulau Pinang berketurunan ulama tersohor yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas selama lapan penggal dan menjadi Perdana Menteri kelima.

 

“Pak Lah akan dikenali sebagai Perdana Menteri yang telah membawa kestabilan dan menekankan kesederhanaan dalam politik tanah air. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan buat negara dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – u

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN