Tujuh tawaran BN untuk Ayer Kuning

Aspirasi pengundi cetus 7 tawaran BN

MOHAMAD Yusri Bakir membentangkan manifesto BN bagi PRK DUN Ayer Kuning di Temoh, Tapah, baru-baru ini.-UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr. Mohamad Yusri Bakir mengumumkan tujuh tawaran dalam manifesto kepada pengundi kawasan itu tersebut.

Manifesto bertemakan ‘Ayer Kuning Sejahtera Bersama’ merupakan cetusan harapan masyarakat setempat selepas beliau mendengar luahan dan aspirasi penduduk Ayer Kuning.

Mohamad Yusri berkata, tiga tekad menjadi asas kepada keseluruhan usaha akan dilakukan iaitu menjamin perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, menolak sentimen perkauman dan politik kebencian dan menghubungkan inisiatif sosio ekonomi di kawasan itu selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Tujuh tawaran manifesto itu termasuk ekonomi tempatan yang makmur, meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat, pembangunan infrastruktur setempat, agenda anak muda dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), prihatin warga emas, wanita dan Orang Asli dan pendidikan berkualiti untuk anak jati Ayer Kuning.

“Saya akan memberi tumpuan kepada ekonomi tempatan yang makmur iaitu menyediakan geran khas untuk usahawan kecil, petani, pekebun kecil dan penjaja, memperluas akses pasaran bagi hasil tani dan produk kampung dan memperkasa keusahawanan melalui bimbingan dan e-dagang.

“Selain itu, meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat dengan memperluas program kedai bergerak dan Jualan Rahmah, memberi peluang kepada peniaga kecil tempatan dalam program kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita di Command Centre BN, Kampung Haji Tahir, Temoh di sini semalam.

Menurut Mohamad Yusri, tawaran ketiga dalam manifestonya adalah pembangunan infrastruktur setempat iaitu dengan menambah baik jaringan jalan kampung dan pertanian.

Ujarnya, tawaran keempat adalah agenda anak muda dan Program TVET iaitu menawarkan tajaan latihan TVET dalam bidang pertanian moden, automotif, dan digital selain mewujudkan inisiatif pemadanan pekerjaan dengan sektor industri di Tapah, Kampar dan Slim River.

Menurutnya, beliau juga memberi tumpuan dalam aspek prihatin warga emas, wanita dan Orang Asli di Ayer Kuning dengan meluaskan akses keselamatan sosial kepada warga emas miskin, ibu tunggal dan Orang Asli.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN