Tindakan Intan Najuwa upah ramai pembantu uruskan anak dipertikai? - Utusan Malaysia

Tindakan Intan Najuwa upah ramai pembantu uruskan anak dipertikai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah, anak saya bijak. Dia tahu mana satu mak dia.”

Demikian kata pelakon, Datin Intan Najuwa yang membidas sikap segelintir warganet yang mempersoalkan tindakannya mengambil pembantu dan jururawat yang ramai untuk menguruskan puteri sulungnya, Imane Lunara.

Menurut Intan, dia tidak pernah berenggang dengan anaknya dan tetap memberikan kasih sayang sepenuhnya meskipun dirinya mempunyai ramai pembantu.

“Saya dengan anak hampir 24 jam bersama, sebab saya korbankan karier dan tak bekerja untuk duduk di rumah bagi kasih sayang sepenuhnya untuk dia. Itu kalau tak rapat juga saya masukkan dia dalam perut balik,” katanya.

Intan memberikan respons sedemikian selepas menyedari terdapat segelintir warganet meluahkan rasa bimbang terhadap kehadiran pembantu serta jururawat itu.

Malah, ada yang berpendapat perkara itu akan menjejaskan perhubungan antara aktres tersebut dengan anaknya.

“Mesti bayi itu keliru mana satu mak dia,” komen netizen.

Terdahulu, Intan telah memuat naik sebuah video dirinya bersama tiga orang pembantunya serta seorang jururawat yang menjaga anak kesayangannya ketika berada di sebuah hotel.

Untuk info, Intan telah bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara pada 15 Disember lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN