KOTA TINGGI: Tindakan Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan tarif lebih tinggi dijangka menyebabkan ‘perang’ perdagangan dunia (trade war). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia turut tidak terkecuali berdepan cabaran dan keadaan tidak menentu susulan tindakan Amerika Syarikat itu. “Tindakan AS memperkenalkan tarif lebih tinggi itu menimbulkan persoalan apakah asas-asas peraturan perdagangan untuk masa depan. Ini kerana sebelum ini yang mendukung dan memperkenalkan supaya perdagangan dunia ini bebas adalah…