Tiba di Tapah pukul 3 pagi dari Pendang untuk sokong calon PN - Utusan Malaysia

Tiba di Tapah pukul 3 pagi dari Pendang untuk sokong calon PN

ISMAIL Ahmad (tengah) bersama penyokong PN ketika memberi sokongan kepada calon parti itu pada PRK DUN Ayer Kuning di Tapah hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang penyokong Perikatan Nasional (PN) Ismail Ahmad, 79, sanggup datang dari Pendang, Kedah ke sini untuk memberi sokongan kepada calon PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada hari penamaan di Dewan Merdeka di sini.

Ismail berkata, dia tiba di Tapah pada pukul 3 pagi tadi dan turut membawa bersama sebuah basikal selain memakai baju yang dijahit sendiri berlambangkan logo Pas.

“Baju ini saya jahit sendiri sejak 1985 lagi dan akan dipakai pada setiap pilihan raya umum sebagai sokongan pada parti.

“Basikal ini pula dipakai sejak lapan tahun lalu yang digunakan untuk ke masjid di sekitar Pendang,” katanya di sini hari ini.

Proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning berlangsung hari ini.

Setakat ini proses penamaan calon sedang berjalan melibatkan calon Pas Abd. Muhaimin Malek mewakili gabungan PN sementara Barisan Nasional diwakili Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, dan Bawani KS, 40, pula pilihan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang setakat ini melibatkan pertandingan tiga penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN