Terpedaya pelaburan dari China, lelaki rugi lebih RM3 juta

Terpedaya pelaburan dari China, lelaki rugi lebih RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Gara-gara percaya dengan taktik sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian yang mendakwa beroperasi di negara China, seorang lelaki berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM 3 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa iaitu lelaki berusia 50-an yang bekerja di sektor swasta telah membuat laporan polis kira-kira pukul 6.25 petang pada 17 April lalu.

Katanya, mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM3,118,000 setelah melabur sejak 17 Disember tahun lalu melibatkan pelaburan saham komunikasi, industri dan juga minyak yang kononnya beroperasi di China.

Mangsa juga telah berurusan dengan beberapa penama melalui aplikasi WhatsApp dan dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan aplikasi itu untuk menyertai pelaburan berkenaan.

“Mangsa telah mendaftar di aplikasi iams flc di mana kesemua urusan pelaburan dan wang keuntungan yang mangsa terima akan dipaparkan di aplikasi tersebut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Mohamad Hatta lagi, bagi tujuan pelaburan berkenaan, mangsa telah membuat 34 kali transaksi ke dalam empat akaun atas nama syarikat dan perniagaan yang berbeza. 

Menurutnya, setelah membuat pembayaran, mangsa mendapati akaun pelaburannya telah menjana keuntungan melalui aplikasi tersebut.

“Namun mangsa masih diarahkan untuk membuat pelbagai bayaran apabila ingin membuat pengeluaran wang dan akhirnya mangsa membuat laporan polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya