Terpaksa bekerja ketika hari keputusan SPM

Terpaksa bekerja ketika hari keputusan SPM

NUR QALIDAH FARHANA Mohd. Azman sedang bekerja di sebuah gerai makanan di R&R Pagoh, Johor untuk mencari duit bagi menyambung pelajaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Ayer Keroh di sini, Nur Qalidah Farhana Mohd. Azman, 18, terpaksa bekerja di sebuah gerai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, Johor ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, semalam.

Tanpa disangka, anak bongsu kepada pasangan tukang sapu dan tukang rumah itu mencipta kejutan berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A, walaupun tidak berkesempatan menyambut detik itu di sekolah bersama rakan dan guru-gurunya.

“Pukul 10 pagi saya ambil masa sekejap, semak keputusan guna telefon. Saya terkejut sangat bila nampak 9A. Terus hubungi abang dan emak. Emak menangis, dia pun tidak percaya. Saya sendiri pun masih rasa macam mimpi.

“Saya mula bekerja sementara di gerai makanan ini sejak bulan Ramadan lalu, semata-mata untuk mengumpul wang demi menyambung pelajaran ke universiti. Kalau boleh dalam bidang kejuruteraan elektrik,” katanya ketika ditemui.

Berasal dari Pagoh, Nur Qalidah merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya.

Ketika ditanya tentang rahsia kejayaannya, Nur Qalidah merendah diri dengan menyatakan, dia hanyalah pelajar biasa, namun sentiasa konsisten dalam ulang kaji dan tidak pernah berputus asa.

“Dulu masa percubaan SPM saya cuma dapat 4A. Tapi saya tanam tekad hendak ubah nasib keluarga. Tiada cara belajar yang istimewa pun, saya cuma istiqamah ulang kaji setiap hari dan percaya pada diri sendiri,” ujarnya.

Dengan semangat dan kejayaan yang diraih, Nur Qalidah memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan ingin menjadi seorang guru untuk memberi inspirasi kepada pelajar lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya