Tekanan itu pasti ada - Nadeera - Utusan Malaysia

Tekanan itu pasti ada – Nadeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nadeera Zaini, 31, mengakui berdepan tekanan untuk menghasilkan karya baharu selepas kejayaan besar single pertamanya, Bukan Lagi Kita.

Menurut Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, lagu tersebut telah mengangkat namanya ke satu tahap baharu dalam industri seni tanah air.

Bukan Lagi Kita telah membawa nama saya ke tahap ini, jadi sudah tentu ada sedikit tekanan untuk memastikan karya seterusnya memberi impak yang sama atau lebih baik.

“Kami ada berbincang, sama ada nak kekalkan vibe yang sama seperti lagu itu atau cuba tampilkan kelainan,” katanya.

Bagaimanapun, naib juara Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL) itu menjelaskan dia tetap memilih untuk bersikap positif dalam mengharungi tekanan tersebut.

“Saya hanya mampu buat yang terbaik. Selebihnya saya berserah kepada rezeki dan ketentuan Allah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nadeera kini dalam fasa perbincangan bersama HUGE House Entertainment bagi melancarkan album pertamanya.

“Sekarang masih lagi dalam perbincangan. Ada lagu yang saya dah dengar, ada juga yang masih belum. Kita pun masih bincang nak buat mini ataupun full album,” katanya.

Nadeera berkata, projek album tersebut memerlukan komitmen penuh daripada semua pihak dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

“Nak buat album ini bukan semudah itu, kita kena betul-betul bersedia dari semua sudut dan bukan sekadar hantar lagu sana sini.

“Tapi insya-Allah, kami cuba secepat mungkin,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya