Tanah adat di Melaka tidak dipindah milik kepada pemaju 

Tanah adat di Melaka tidak dipindah milik kepada pemaju 

AB. RAUF Yusoh ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tanah adat di Melaka tidak akan dipindah hak milik kepada mana-mana syarikat yang terlibat memajukan tanah berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, status tanah adat yang telah dibangunkan akan kekal sebagai Tanah Adat Melaka (MCL).

Beliau berkata, dasar pembangunan di negeri ini adalah semua tanah adat perlu kekal sebagai MCL. 

“Sejak penubuhan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat (Pertam) pada 1991, kemajuan pembangunan kawasan tersebut masih kekal dan tidak dipindah milik kepada mana-mana syarikat. Hak milik MCL sejak 1992 hingga 2025 berjumlah 105,614 ekar (42,740 hektar).  

“Jadi kawasan-kawasan tersebut tidak dipindah milik kepada mana-mana syarikat atau individu dan dibangunkan secara bersama (Pertam dan pemaju),” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan tambahan Dr. Mohd. Yadzil Yaakub (PN-Bemban) berhubung status MCL yang telah dibangunkan Pertam dan ditukarkan status kepada pajakan 99 tahun.

Tambah Ab. Rauf, Melaka Tengah merekodkan pembangunan MCL terbesar iaitu seluas 96.81 hektar diikuti Alor Gajah (63.27 hektar) dan Jasin (14.75 hektar).

“Lokasi pembangunan MCL di Melaka Tengah adalah Peringgit, Batu Berendam, Bachang, Padang Temu, Semabok, Musai, Bukit Piatu, Paya Rumput, kawasan bandar (KB33) dan Balai Panjang. Kawasan Alor Gajah melibatkan Durian Tunggal, Simpang Ampat, Padang Sebang dan Ayer Paabas

“Kawasan lain ialah Kuala Sungai Baru, Tebong, Pulau Sebang dan Gadek. Sementara itu, pembangunan MCL di Jasin membabitkan dua lokasi iaitu Sebatu dan Kesang Pajak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya