Syabu bernilai RM67,400 dilupuskan Maritim Malaysia

Syabu bernilai RM67,400 dilupuskan Maritim Malaysia

DADAH jenis syabu dianggarkan bernilai RM67,400 hasil rampasan daripada beberapa siri operasi penguatkuasaan sepanjang tahun lalu dimusnahkan di Bukit Rambai, Melaka
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melupuskan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM67,400 hasil rampasan daripada beberapa siri operasi penguatkuasaan sepanjang tahun lalu.

Pegawai Menanggung Tugas Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Leftenan Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, proses pelupusan dilakukan kelmarin oleh syarikat yang dilantik di Bukit Rambai dengan prosedur kawalan ketat serta berpandukan garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.

“Setiap sesi dihadkan kepada maksimum 80 kilogram bahan untuk pelupusan dengan tempoh kira-kira lapan jam bagi proses penghancuran lengkap sehingga menjadi abu.

“Sisa abu hasil pelupusan tersebut akan disalurkan kepada syarikat berdaftar yang diiktiraf untuk tujuan penanaman abu secara sah dan terkawal, selaras dengan garis panduan pihak berkuasa,” katanya.

Tambah Norrimi, proses tersebut dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan tiada sisa yang boleh memberi impak negatif kepada alam sekitar.

“Program ini bukan hanya mengenai pemusnahan dadah, tetapi ia juga mencerminkan kejayaan kerjasama antara Maritim Malaysia, agensi penguat kuasa lain dan komuniti tempatan dalam usaha menjaga keselamatan perairan negara.

“Kami akan terus mempertingkatkan operasi dan kerjasama bagi memastikan perairan negara bebas daripada ancaman jenayah maritim,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN