Sultan Sallehuddin titah manfaatkan potensi bandar sempadan

Sultan Sallehuddin titah manfaatkan potensi bandar sempadan

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang DUN Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, agar kedudukan strategik negeri itu yang berjiran de­ngan Thailand dimanfaatkan bagi merancakkan ekonomi, khu­sus­nya melalui pembangunan bandar sempadan.

Baginda bertitah, pembangunan bandar sempadan berpera­nan penting sebagai pemangkin kepada pertumbuhan pelbagai sektor termasuk logistik dan industri yang berupaya menarik pelabur.

“Kedudukan negeri Kedah yang berjiran dengan negara Thailand hendaklah dimanfaatkan melalui pembangunan bandar sempadan yang melibatkan pelbagai peluang ekonomi dan perniagaan rentas sempadan khususnya sebagai hub logistik dan industri.

“Beta berharap kerajaan negeri dan agensi yang berkaitan dapat mengambil tindakan proaktif dan lebih agresif untuk membawa masuk pelabur ke kawasan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam,” titah ba­ginda.

Sultan Sallehuddin bertitah pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Kedah Ke-15 di sini, semalam.

Baginda turut menyarankan agar kawasan perindustrian yang sedia ada diperkasakan, pada masa sama meneroka kawasan-kawasan baharu yang berpotensi untuk dimajukan.

Titah baginda, kerajaan nege­ri disaran merancang kawasan perindustrian baharu di daerah Bandar Baharu dengan mengambil peluang dan manfaat daripada limpahan pembangunan kawasan itu di negeri yang bersempadan dengan Kedah.

“Dengan mengambil kira konsep supply and demand (penawaran dan permintaan), kerajaan negeri dan Persekutuan hendaklah memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur yang lengkap.

“Apabila ekosistem pelaburan dapat diwujudkan, barulah pelabur berminat untuk datang ke negeri Kedah,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya