Sultan Mizan mahu pegawai tingkat kecekapan urus pentadbiran  

Sultan Mizan mahu pegawai kerajaan tingkat kecekapan urus pentadbiran  

Sultan Mizan Zainal Abidin semasa   Istiadat Pengurniaan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan semua pegawai kerajaan supaya meningkatkan kecekapan mereka dalam urusan pentadbiran supaya hasil negeri dapat ditingkatkan secara mampan.

Baginda bertitah, pegawai yang cekap, berilmu dan berkemahiran tinggi mampu melaksanakan tugas dengan penuh berkesan termasuk merancang strategi kutipan hasil, mengurus sumber negeri secara optimum serta memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan tegas dan saksama.

“Seiring dengan perkembangan semasa, beta melihat bahawa penguasaan dalam bidang pengurusan strategik, korporat, kewangan antarabangsa, komunikasi berkesan serta kefahaman yang mendalam terhadap dasar fiskal dan ekonomi semasa amatlah penting dalam memperkukuh keupayaan pegawai kerajaan. 

“Pegawai yang berkaliber bukan sahaja mampu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap, malah berkeupayaan mengenal pasti peluang-peluang baharu bagi menjana pendapatan kepada negeri. 

“Pada masa yang sama, mereka juga dapat mengurangkan ketirisan, mengekang pembaziran serta memastikan pengurusan sumber awam dilaksanakan secara berhemah, telus dan berintegriti,” titah baginda semasa  Istiadat Pengurniaan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.

Baginda juga mahu usaha mitigasi dan pemuliharaan pesisir pantai yang kini diancam hakisan kritikal diberi perhatian serius demi menjamin kelestarian sumber semula jadi, kesejahteraan komuniti pesisir serta kedaulatan negeri. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya