Suki Low jatuh cinta dengan Pickeball - Utusan Malaysia

Suki Low jatuh cinta dengan Pickeball

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejak belakangan ini, permainan pickleball semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggemar sukan di Malaysia. 

Tidak terkecuali dalam mengikuti trend semasa, penyanyi, Suki Low mengakui dirinya juga sudah mula terjebak malah jatuh cinta dengan aktiviti tersebut.

Berbeza dengan sukan raket  lain, Suki memberitahu, pickleball ini permainannya lebih santai berbanding badminton dan tenis. 

“Sekarang ini saya sedang seronok bermain pickleball. Pada saya permainan itu sangat menyeronokkan kerana ia lebih mudah daripada permainan badminton,” katanya kepada Pancaindera.

Selain pickleball, Suki juga memberitahu dia juga sangat suka bersukan terutamanya aktiviti di dalam gelanggang kerana dapat berinteraksi dan bersosial dengan rakan sepasukan.

“Pada saya, pickleball itu permainan yang santai. Sangat bagus untuk kita bersosial bila bermain permainan itu. Orang yang mengenali pasti tahu bahawa saya sangat suka bersukan. 

“Saya juga sangat mahir dalam permainan dalam gelanggang. Bila adanya permainan pickleball ini, saya boleh layan,” jelasnya.

Tambah penyanyi yang berusia 35 tahun itu, dia sering bermain permainan tersebut bersama keluarga terutamanya suaminya, Jeremy Chong dan anak-anaknya, Ethan, Eli dan Arwen.

“Saya selalu juga bermain pickleball dengan anak-anak saya. Memang kebanyakannya saya lakukan aktiviti itu dengan keluarga.

“Selain bermain pickleball, saya juga suka pergi berkhemah, nikmati alam semula jadi dan mendaki bukit. Tetapi kami sudah lama tidak lakukannya selepas mengenali permainan pickleball,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu mengakui permainan tersebut secara tidak langsung membantunya untuk melupakan seketika perihal kerja dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. 

“Permainan pickleball ini buatkan saya rasa lebih dekat dengan keluarga terutamanya, anak-anak dan suami. Walaupun pekerjaan saya kadang-kadang agak memenatkan, tapi saya akan mencari peluang untuk luangkan masa dengan mereka. 

“Jika ada kelapangan masa, kami akan pergi ke gelanggang. Jika tidak, kami akan bermain di rumah saja dengan memukul bola pada dinding. 

“Atau, jika saya rasa terlalu lama sangat bekerja di studio, saya akan lepaskan tekanan saya dengan bermain permainan tersebut selama 30 minit di rumah. 

“Saya memang susah hendak berenggang dengan keluarga. Kalau saya ada jemputan untuk buat persembahan pun saya akan bawa mereka sekali. Mereka adalah keutamaan saya,” kongsinya.

Ditanya apa yang mencabar mengenai permainan pickleball, penyanyi lagu Terlerai itu memberitahu aktiviti itu menguji ketangkasan pemain untuk memukul bola meskipun memerlukan pergerakan yang minima. 

“Sebenarnya, permainan ini mencabar sebenarnya lebih-lebih lagi bila melihat gelagat anak-anak memukul bola. 

“Itu yang buatkan saya rasa istimewa kerana secara tidak langsung ia membentuk hubungan kekeluargaan itu. Anak-anak akan belajar daripada apa yang ibu bapa mereka lakukan,” jelasnya. 

Kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti tersebut, Suki juga memberitahu bahawa dia sanggup membeli peralatan asas pickleball supaya dapat bermain di rumah bersama keluarga. 

“Saya ada beli set asas untuk bermain pickleball itu. Saya tidaklah berbelanja banyak kerana semuanya boleh secara online. Permainan pickleball ini hanya memerlukan pedal dan bola sahaja,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya