BRATISLAVA: Slovakia meluluskan rancangan untuk membunuh 350 ekor beruang berikutan serangan maut terbaharu terhadap manusia.
Terdahulu, pihak berkuasa mengesahkan seorang lelaki berusia 59 tahun, yang mayatnya ditemukan di tengah Slovakia pada Ahad, dipercayai diserang haiwan tersebut.
Menteri Alam Sekitar, Tomas Taraba berkata, serangan beruang terhadap manusia semakin meningkat dan mencecah 1,900 kes tahun lalu.
Populasi beruang coklat di Slovakia dianggarkan melebihi 1,000 ekor.
“Kita tidak boleh hidup dalam sebuah negara di mana rakyat takut untuk masuk ke hutan,” kata Perdana Menteri, Robert Fico.
Dalam pada itu, kerajaan turut mengisytiharkan darurat di 55 daripada 72 daerah negara itu, yang membolehkan Kementerian Alam Sekitar memberikan kebenaran secara langsung untuk pelaksanaan pembasmian beruang.
Organisasi alam sekitar berkata, keputusan tersebut melanggar kewajiban antarabangsa negara dan berpendapat bahawa Slovakia sepatutnya menggunakan langkah pencegahan sebagai alternatif.
Kementerian membenarkan pembasmian 144 beruang pada 2024, langkah sama juga diluluskan di Romania tahun lalu.– CNN










