“Insya-Allah, satu hari nanti.”
Demikian jawapan pelakon, Siti Hariesa mengenai spekulasi bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Pelakon cantik ini yang ditemui ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri iQIYI baru-baru ini menafikan khabar angin tersebut.
Jelasnya, perancangan ke arah itu ada, namun bukanlah dalam tempoh terdekat seperti dikhabarkan.
“Saya memang mahu berumah tangga lebih-lebih lagi pada usia sekarang. Tapi sebagai pelakon, terlalu banyak hal mendatang.
“Saya mahu orang tahu kerja lakonan saya, mengenai hal peribadi, eloklah saya simpan sendiri.
“Tapi saya tidak nafikan memang saya sedang dilamun cinta,” katanya.
Baru-baru ini pemilik nama sebenar Siti Hariesa Muhammad Hanafi memaklumkan sedang mengenal hati budi seorang jejaka.
Dia juga mengesahkan ada berbincang mengenai perkahwinan dengan jejaka tersebut.
“Memang ada rancangan untuk berkahwin dan memang ia menjadi antara perkara yang kami bincangkan.
“Tapi sebenarnya saya tak kisah. Kalau banyak duit, memang saya harap dapat buat beberapa majlis,” kongsinya – UTUSAN