Siasatan Putra Heights dipercepat dengan menambah dua jentera baharu, beroperasi 24 jam

Siasatan Putra Heights dipercepat dengan menambah dua jentera baharu, beroperasi 24 jam

PARA petugas pelbagai agensi meninjau keadaan semasa lokasi kejadian susulan insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Selangor, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Proses siasatan insiden kebakaran paip di kawasan kerja-kerja pembinaan di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini, kini berjalan lebih pantas apabila dua tindakan terbaharu telah diambil sejak semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan pertama ialah penambahan dua jentera yang terlibat dalam kerja-kerja mengorek, manakala tindakan kedua melibatkan pelaksanaan operasi 24 jam di lokasi kejadian.

“Mulai semalam, kerja-kerja pengoperasian dijalankan tanpa henti dengan penglibatan agensi-agensi teknikal seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Petronas,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. 

Menurut beliau, pemantauan dan siasatan akan dilakukan secara berterusan bagi menganalisis setiap peringkat kerja-kerja mengorek sehingga paip-paip yang terlibat terdedah.

Tambahnya, pelaksanaan dua langkah tersebut dijangka mempercepatkan hasil laporan awal yang sebelum ini dimaklumkan mengambil masa dua minggu.

“Dengan dua tindakan baharu ini, proses siasatan dijangka dapat disiapkan lebih awal, mungkin dalam tempoh dua hingga tiga hari. 

“Namun, saya tidak dapat tetapkan bilangan hari tepat kerana ia bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan tanah yang lembab serta liat,” katanya. 

Hussein turut memaklumkan bahawa 30 peratus kerja-kerja menstabilkan tanah telah diselesaikan setakat ini, manakala kerja-kerja pemasangan cerucuk kepingan (sheet pile) akan bermula petang ini.

Jelasnya, kerja-kerja menanam cerucuk kepingan dapat diselesaikan esok dan jentera jengkaut milik kontraktor yang tenggelam akibat kebakaran berkenaan dapat dikeluarkan secepat mungkin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya