Shuib latih anak terokai dunia perniagaan - Utusan Malaysia

Shuib latih anak terokai dunia perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS: Baru berusia lapan tahun, anak lelaki kepada usahawan dan pelawak, Shuib, iaitu Ariq Matin telah dilantik menjadi duta jenama makanan Nasi Bakar Bangkit. 

Bagi Shuib atau Shahmira Muhammad, 41, pelantikan itu dibuat sebagai usaha melatih anaknya serius dalam perniagaan di samping mengasah minat Matin dalam dunia masakan. 

“Mula-mula dia malu, jenuh juga saya mahu mengajar beraksi depan video, tapi sekarang saya lihat kemajuan dia mahu belajar dan rasa tanggungjawab. 

“Saya pesan, ini kedai dia, dia ada gaji setiap bulan dan semua ini bukan percuma. Dia juga memang suka masak dan pegang alatan dapur.

“Sebagai bapa itu tanggungjawab saya serta ibunya dalam membentuk anak-anak. Saya suka proses ini. Saya nampak anak minat sesuatu perkara, kita akan cuba bantu dapat apa yang ingin dicapai. 

“Jadi atau tidak, itu belakang cerita asalkan dia melalui zaman kecil dengan bermanfaat dan baik untuk masa depan,” katanya. 

Shuib berkata demikian ketika ditanya mengenai pemilihan anaknya sebagai duta perniagaan terbaharu, Nasi Bakar Bangkit. 

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pengalaman bergelar duta pada usia lapan tahun, Matin gembira dapat menimba ilmu pemasaran selain berhasrat membina masjid. 

Saya gembira ada kedai sendiri, dapat pengalaman baru belajar berniaga. Ya saya suka berniaga sebab boleh dapat duit. 

Kalau sudah ada banyak duit, daddy cakap ‘beli’ masjid. Sebab agama kita,” katanya malu-malu. 

Shuib dan Matin ditemui Utusan Malaysia di majlis pembukaan Nasi Bakar Bangkit di Cheras, baru-baru ini. 

Nasi Bakar Bangkit merupakan makanan yang dicipta Shuib dan pasukannya menampilkan keunikan nasi yang dibakar dalam balutan daun pisang. 

Restoran pertama jenama berkenaan kini beroperasi di Kompleks Permaisuri Q, Bandar Permaisuri Cheras sejak bulan lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya