Setiap kali raya perlu ada konsert besar- M Nasir - Utusan Malaysia

Setiap kali raya perlu ada konsert besar- M Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maestro muzik, Datuk M Nasir berharap konsert mega sempena hari raya perlu menjadi budaya di Malaysia.

M.Nasir atau Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, berkata demikian ketika Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad.

“Okey rasanya kalau kita kongsikan banyak lagu nostalgia macam malam ini. Konsert ini sangat istimewa.

“Saya harap konsert seperti ini dijadikan budaya. Setiap hari raya akan ada konsert besar. Kalau boleh konsert saya,” katanya berseloroh.

Konsert Datuk M. N46IR Cipta Raya menjadi persembahan berskala besar perdananya mempersembahkan katalog lagu raya ciptaannya sepanjang bergelar anak seni.

Tidak hanya itu, penerima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu juga turut membawakan lagu klasik popular sebagai penghargaan kepada komposer
lagenda yang telah meninggal dunia.

“Saya juga ingin memberi ‘homage’ kepada pencipta lagu yang saya sanjungi seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

“Malam ini saya bawakan lagi Suara Takbir,” tambahnya.

M Masir yang turut menyanyikan lagu Selamat Hari Raya nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma dan lagu milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein berjudul Selamat Hari Lebaran.

Tidak duduk diam, penonton mula riuh-rendah menari sebaik sahaja M Nasir menyanyikan lagu hits seperti Sahabat Gua, Apokalips serta Esok Hari Raya.

Bukan itu sahaja, penganjur Icon Entertainment membuat kejutan menyelitkan duit raya di bawah kerusi pengunjung yang rata-ratanya bernilai RM5, RM10 dan RM20.

Terdahulu, sebelum konsert bermula, pengunjung juga disajikan dengan hidangan juadah raya seperti lemang, rendang, sate dan kuih raya.

Lebih menambah kemeriahan, rata-rata pengunjung turut mengikuti tema konsert dengan menyarung busana hari raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN