Seorang lagi Superintenden ditahan

Seorang lagi Superintenden ditahan berkait tuntutan palsu perolehan C4i bernilai RM15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lagi pegawai polis berpangkat Superintenden ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat tuntutan palsu bernilai kira-kira RM15 juta.

Penahanan ini menjadikan jumlah mereka ditahan iaitu tujuh orang yang mana tiga membabitkan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Satu sumber mendedahkan, penahanan itu dilakukan menerusi Op C4i selepas mereka disyaki tuntutan palsu bagi Perolehan Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Command & Control, Communication & Computer Integration (C4i).

Kata sumber, Superintenden berusia 54 tahun itu ditahan kerana disyaki telah menerima bayaran wang rasuah daripada kontraktor dan sub-kontraktor bagi Perolehan Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem C4i.

“Tindakan penggeledahan telah dibuat di pejabat dan rumah Superintenden itu di Semenyih, Selangor untuk mengesan apa-apa dokumen yang melibatkan penerimaan wang rasuah daripada pihak kontraktor.

“Jumlah pembekuan akaun setakat ini adalah RM7.6 juta dan sebanyak lima belas rakaman percakapan saksi termasuk orang kena tuduh (OKT) telah diambil,”katanya di sini.

Tambah sumber, permohonan reman bagi tangkapan terbaru itu akan dilakukan di Mahkamah Majistret Putrajaya, esok.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, enam individu termasuk seorang pengarah syarikat, ketua pegawai kewangan (CFO) dan dua pegawai polis ditahan SPRM.

Suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 dan 50-an telah ditahan sekitar pukul 8 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga tahun ini dengan bersubahat mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM15 juta.

Siasatan nendapati tuntutan dibuat namun sebahagian daripada kerja-kerja komponen di khidmat sokongan tidak dilaksanakan seperti kehendak kontrak.

Nilai projek C4i keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira RM70 juta yang diberikan kepada PDRM dan diuruskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Penggeledahan telah dilakukan di 15 lokasi termasuk di  KDN dan beberapa buah syarikat di sekitar Johor, Selangor, Putrajaya serta Kuala Lumpur.

Susulan itu, SPRM menyita empat unit kenderaan mewah bernilai kira-kira RM1.3 juta selain membekukan 51 akaun bank melibatkan 30 akaun individu dan 21 akaun perniagaan milik 10 syarikat dengan nilai keseluruhan RM3.5 juta.

“Menerusi operasi yang dijalankan dengan kerjasama PDRM ini, SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM9,000, AS$388, RIYAL 2,340, QAR 1,789, DIRHAM 15,055 dan KZT 21,219, dan sembilan unit telefon bimbit

Susulan itu, perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 April ini telah dikeluarkan Majistret Muhammad Fadzlan Mohd Noor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya