Sambut Hari Merdeka, dominasi rentak dengan Coway Run

Sambut Hari Merdeka, dominasi rentak dengan Coway Run

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara larian tahunan Coway Run kembali lagi dan bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68.

Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia, Ryan Jung berkata, edisi kali ini bertemakan  ‘Dominasikan Rentak Anda’ menyeru rakyat Malaysia supaya terus melangkah maju dalam aspek kesihatan dan semangat diri.

Ryan Jung berkata, acara itu bukan sekadar larian, malah menjadi platform rakyat Malaysia menzahirkan kecintaan kepada negara dengan cara sihat dan bertenaga.

“Coway Run 2025 menjadi simbolik bahawa kemajuan bermula dengan setiap langkah diambil, sama ada dari segi kesihatan individu mahupun sebagai sebuah negara,” katanya dalam kenyataan.

Tiket jualan akan dibuka bermula 1 Mei ini dengan pelancaran jualan istimewa selama 24 jam, menawarkan harga serendah RM45.

Jualan seterusnya, termasuk jualan awal dan umum akan berlangsung sehingga 31 Ogos atau sehingga semua tiket habis.

Peserta juga berpeluang memenangi baucar eksklusif Brooks bernilai RM400 bagi pembelian tiket antara 1 hingga 4 Mei ini.

Pemenang kategori 10 kilometer (km) dan 21km bakal membawa pulang hadiah wang tunai dan ganjaran berjumlah RM20,000, manakala kategori 5km dan Kanak-kanak menampilkan lima halangan interaktif berinspirasikan produk utama Coway.

Sebahagian hasil kutipan tiket turut akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, inisiatif membekalkan air minuman bersih kepada komuniti kurang bernasib baik di seluruh negara.

Orang ramai dijemput menyertai Coway Run 2025 sempena sambutan Hari Kebangsaan yang lebih bermakna, sihat dan penuh semangat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN