RTM bakal siar dokumentari Tun Abdullah

RTM bakal siar dokumentari Tun Abdullah

FAHMI Fadzil ketika berucap pada sidang media mingguan di Menara Angkasapuri hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bakal menyiarkan dokumentari serta bahan visual berkaitan jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui platform Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media sosial rasmi kementerian sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri kelima itu.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif tersebut diambil bagi membolehkan rakyat, khususnya generasi muda, mengenali serta menghayati peranan Allahyarham dalam pembangunan negara.

“Saya juga telah minta supaya siri dokumentari dan juga bahan-bahan berkaitan jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdullah terdapat disiarkan dan disampaikan kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Komunikasi di sini hari ini .

15 April lalu, akhbar ini melaporkan, Allahyarham Tun Abdullah merupakan pemimpin negara kelima yang disemadikan di Makam Pahlawan

Difahamkan, Makam Pahlawan hanya memiliki sebanyak tujuh ruang dan seramai empat pemimpin telah disemadikan di sini. 

Fahmi berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membenarkan jenazah Allahyarham Tun Abdullah dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

“Keputusan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung Selasa lalu,” katanya.

Jelas beliau, keputusan itu merupakan penghormatan tertinggi negara atas jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam membina negara bangsa.

“Ini adalah satu perkara yang bagi rakyat Malaysia, satu penghormatan yang kita harap dapat diberikan kepada mantan Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya