Ribut petir, hujan lebat dijangka di tujuh negeri sehingga 4 petang

Ribut petir, hujan lebat dijangka di tujuh negeri sehingga 4 petang

Jabatan Me­teorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklum­kan fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac sehingga Mei depan sekaligus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL) sejak 5 November tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan melibatkan tujuh negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi laman sesawang rasminya memaklumkan, amaran tersebut melibatkan beberapa kawasan di negeri-negeri di kawasan Utara dan Selatan termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Amaran yang sama turut dikeluarkan di Selangor membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak.

Keadaan cuaca serupa turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan daerah Tawau, Kunak dan Lahad Datu, manakala di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN