JERANTUT: Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar di sini, antara premis terjejas teruk apabila sebahagian atap tercabut dibadai ribut yang melanda Pulau Tawar dekat sini, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung (JPKK) Kedondong/Masjid, Mohd. Rozi Rozuki berkata, kejadian tersebut turut merosakkan empat buah rumah penduduk selain pokok tumbang yang menghalang laluan kenderaan di jalan raya menghala ke Kampung Bandar, Kampung Kedondong dan Kampung Kubang Sekendal dari arah bandar…










