Remaja mengaku bersalah miliki gambar lucah

Remaja mengaku bersalah miliki gambar lucah

GAMBAR HIASAN (MAHKAMAH)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kulai di sini atas dua pertuduhan memiliki dan menyunting gambar lucah pada 8 April lalu.

Tertuduh yang berusia 16 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah namun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyunting gambar kanak-kanak menjadi bahan lucah.

Dia membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, R. Salini dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki 14 keping gambar lucah di dalam telefon bimbitnya di Taman Indahpura, Kulai pada pukul 5.28 petang, 8 April lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dengan cara menyunting gambar menjadi gambar lucah di lokasi sama pada pukul 12.40 tengah hari, 9 April lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 5, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman bon berkelakuan baik, membayar denda, khidmat masyarakat, dihantar ke sekolah diluluskan atau ke Sekolah Henry Gurney.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya manakala tertuduh diwakili peguam bela, T. C. Lim.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 23 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN