KOTA BHARU: Hasrat seorang remaja menyambut hari kelahiran sepupunya tidak kesampaian apabila dia mati lemas semasa mandi bersama rakan-rakan di tali air Ladang Merdeka, Tunjong di sini, kelmarin. Mangsa, Muhamad Farish Daniel Shahrul Irwan Al Hafiz, 13, sepatutnya meraikan hari lahir Hakimi Mohd. Azam, 19, petang kelmarin meskipun tarikh kelahiran sepupunya itu pada 14 April lalu. Menurut Hakimi, mereka sudah berjanji untuk makan mi kari dimasak oleh nenek mereka, Roezan Seman semasa sambutan berkenaan. Katanya, dia menyedari sepupunya lemas selepas dimaklumkan oleh rakan yang datang ke rumah kira-kira pukul 4.30…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya